Photobucket




Tatapan Kenangan



Terima kasih atas kesudian sahabat untuk singgah di teratak maya ini.Semuga kita dapat bersua wajah pula suatu masa nanti....


   

<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



Photobucket

Dalam dunia ini yang paling sulit untuk dijelaskan ialah PERSAHABATAN kerana ia bukanlah satu pelajaran yang bolih dipelajari dari sekolah tetapi bila sahabat tidak pernah merasai `makna` persahabatan bererti sahabat tidak pernah belajar apa apa pun didunia ini.


Photobucket

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau pun setelah aku mati.


Photobucket

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulur tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolih sahabat aku semakin percaya diri.


Photobucket

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka padahal hidupku sentiasa berputar putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda aku sering bertanya 'siapakah yang sudi menjadi sahabatku'? Di kala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan irihati. Namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.


Photobucket

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun ketika musibah menimpaku, kudapati mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkanku dan jika aku sakit tak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan banyak orang irihati. Jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.


Photobucket

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolihi kebaikannya.


Photobucket

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak punyai rasa dengki, hatiku lega jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat dihadapanku aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci sebagaimana kutampakkan hal itu kepada orang orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekatinya. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.


mistery

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat. Tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik tentu kamu akan bahagia walaupun kamu akan terpaksa hidup sendiri.


umah

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang-orang yang berjiwa mulia dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya baik ketika hidup mahupun setelah mati.


Photobucket

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah denganya bererti istirehat. Tak semua orang yang engkau cintai mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan.

Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji....!


Datangmu tidak memberi kesan dan pergi mu juga tidak akan memberi bekas buatku

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, August 10, 2016
kebenaran

Jika nak cari kebenaran mulala gali dalam diri sendri bukan mencari kelemahan dan kesalahan orang lain. jika nak berjuang maka berjuang dengan kesucian dalam bidang apa pun cuma jadi lah diri sendiri atas nama tanah melayu bukan malaysia bukan sabah yang memetingkan KAUM sahaja. berjuang demi bangsa ugama dan tanah melayu. bukan kerana wang, pangkat , kedudukan atau nak kan nama d sanjung.. ingatlah asal kejadian diri sendiri baru tidak mudah masok pearangkap orang2 yang kononya berjuang untuk bangsa dan ugama. cari lah perjuangan yang mengunakan selawat bukanya perlukan dana yang merupakan wang ringgit kerana itu lebih pada perjuangn tembolok dan perut sebenarnya.....

bermula sesuatu dengan diri sendiri sebenarnya.... tak perlu terpengaruh dengan cakap orang. kerana orang cuma bijak dan pandai cuma berlakon dengan pelbagai watak baik dan berugama.namun hakikatnaya cuma duit semata mata.

Posted at 07:45 pm by Indra
Make a comment  

Tuesday, August 02, 2016
cari diri

Jika nak cari kebenaran mulala gali dalam diri sendri bukan mencari kelemahan dan kesalahan orang lain. jika nak berjuang maka berjuang dengan kesucian dalam bidang apa pun  cuma jadi lah diri sendiri atas nama tanah melayu bukan malaysia bukan sabah yang memetingkan KAUM sahaja. berjuang demi bangsa ugama dan tanah melayu. bukan kerana wang, pangkat , kedudukan atau nak kan nama d sanjung.. ingatlah asal kejadian diri sendiri baru tidak mudah masok pearangkap orang2 yang kononya berjuang untuk bangsa dan ugama.  cari lah perjuangan yang mengunakan selawat bukanya perlukan dana yang merupakan wang ringgit kerana itu lebih pada perjuangn tembolok dan perut sebenarnya.....

 

 bermula sesuatu dengan diri sendiri  sebenarnya.... tak perlu terpengaruh dengan cakap orang. kerana orang cuma bijak dan pandai cuma berlakon dengan pelbagai watak baik dan berugama.namun hakikatnaya cuma duit semata mata.

Posted at 02:05 pm by Indra
Make a comment  

pilihan

Adalah mustahil kalau ada orang mencintai sesuatu yang tidak nampak.

Ada 2 jenis manusia dalam malaysia ini
1. Orang dunggu yang suka bercerita tentang allah
2. orang bijak yang melaksankan apa yang dia tahu demi kesejahteraan ummah

Posted at 01:45 pm by Indra
Make a comment  

Thursday, December 10, 2015
duniaku

Selama beberapa minggu ni banyak yang berlaku dalam hidup saya. Adakala saya berfikir,untuk apa semua tu terjadi,terutama kenapa semua cerita itu sampai ke telinga saya... sehingga seperti ada yg berzikir lak dlm hati saya dengan bunyi perkataan-perkataan .."penyatuan"...hakikat esa untuk manusia. D dunia ini,saya,anda,dan juga mereka...serta seluruh manusia di alam ini punya salah masing2...punya silap masing2...punya kelemahan masing2....kerana apa? kerana kita manusia...ya,kerana kita semua adalah manusia...semua manusia adalah manusia biasa...pangkat,harta,kedudukan yang memisahkan dan membeza2kan kita adalah satu fatamorgana kehidupan sahaja...hakikatnya kita semua sama...seorang nabi adalah manusia biasa...seorang pemimpin negara pun adalah manusia biasa...seorang penyapu sampah d jalanan adalah juga manusia biasa...berbezakah darah mereka?Apa maknanya jika keyakinan sekadar melaungkan islam sana,islam sini,tetapi dalam masa yang sama menggalakkan perpecahan,menanam rasa benci terhadap manusia lain,memisahkan manusia2...tahukah mereka akan makna syahadah mereka? fahamkah mereka akan makna Tuhan itu esa?Jangan mudah menjual nama Islam...nama Melayu...jika belum faham makna syahadah sebenarnya...besederhanalah hatta dalam berdakwah...kerana kebenaran itu untuk mereka yang ber"haq"...dan jika mereka itu ber"haq",mereka tetap akan mendapatkan kebenaran itu walaupun mereka di dalam kegelapan...kerana Cahaya Tuhan itu terang benderang...cahaya kebenaran itu pun satu rezeki...jika sahabt ditakdirkan dapat,sahabat tetap akan dapat sekalipun seluruh manusia bergabung untuk menghalang cuma jng tersilap faham kerana perumpamaan sudah d lihatkan kepada kita bagaimana yg terjadi pada kekatu yg mencari cahaya..... Semoga sahabat dapar merenung dan berfikir dng hati yg tenang dan akal yg terbuka agar tidak mudah terpengaruh dan menjadi seperti kekatu yg memburu cahaya....Moga-moga sahabat tidak mudah terperangkap dng segala bentuk kempen utk kita turut serta sbg pengundi dlm memilih pemimpin kerana d zaman moden ini utk menemui seorg pemimpin yg mampu memimpin tgn kita berjalan seiring dng beliau lalu membuka pintu selawat dan salam buat kita mendapatkan makbul, khalifah dan dua syurga di atas bumi nyata sebelum kita d bawa ke liang lahad. Walaupun akal saya tdk sempurna sebagaimana mereka mereka yg sudah terjamin namun masih mampu membuat pilihan berdasarkan kenyataan yg terpampang di hadapan mata. Sahabat-sahabat yg memiliki akal yg tdk sempurna spt saya mgkin hanya mampu tersenyum bila ada org mengaku di hadapan kita dia kenal dng sultan dan mampu membawa kita berjumpa sultan utk mendapat pingat kebesaran sedangkan keadaan dirinya yg terzahir pun kita rasa kita lebih baik darinya walaupun kita tak kenal sultan. Contoh mudah, dia berkempen pun menumpang kereta kawan atau dng membawa kereta iswara tahun 1996 miliknya sendiri yg jika di jual balik pun nilainya tak sampai 5 ribu sdgkan kita punya kereta Exora yang kalau di jual semula nilainya masih tinggi di pasaran walaupun kita tidak kenal sultan atau mendapat apa2 pingat kebesaran dari sultan. kui kui kui kui......Terkenang zaman muda saya, tekun dan berusaha utk menjadi pelajar terbaik supaya dapat masuk universiti dgn taraf ada sijil ijazah agar mudah utk mendapat pekerjaan dan gaji yang tinggi. Hampir putus asa bila segulung ijazah yg tergenggam di tgn memaksa diri utk menjadi pengemis ke hulu ke hilir mencari peluang pekerjaan.. kui kui kui kui... ingatkan dgn adanya ijazah maka sudah ada jaminan pekerjaan tapi rupanya masih perlu mengemis. Jadi ternyata sayalah sebodoh bodoh manusia yg membuang masa, tenaga dan wang ringgit selama 5 tahun kerana percaya dng kempen dari guru-guru dan kawan-kawan atas nama jaminan atau penjamin kehidupan masa depan. Bertambah dungu hingga akal saya tidak sempurna sehingga ke hari ini apabila bertemu kawan yg tidak lulus SRP (tingkatan 3) tetapi berjaya dlm kehidupannya.

 

Adalah satu perkara yg mustahil bg yg bernama manusia tidak memerlukan jaminan, keselamatan di dunia dan di akhirat dan adalah satu perkara yg mustahil yg bernama manusia akan menolak jika ada peluang bertemu dng orang yg mampu memberi jaminan keselamatan dunia dan akhirat. Sedangkan haiwan sekalipun jika ada peluang untuk jaminan keselamatan dirinya, dia tidak akan menolak inikan pula manusia. Pengalaman setiap hari yg saya lihat, kucing tido bawah kereta saya semata2 utk mendapat keselamatan cuma malanglah bg kucing itu jika saya tak berhati-hati maka dia akan mati di bawah tayar kereta saya. Begitu juga kita dalam mencari dan memilih penjamin keselamatan... kui kui kui kui

Posted at 09:55 am by Indra
Make a comment  

Thursday, September 24, 2015
takdir

takdir kadang2 mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak d undang. memberi yang tidak d rancang memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuat kita rasa kehilangan. namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalanmenyulam erti kasih sayang menanam erti persahabtan menghadiah kemanisan dalam kegembiraan menyemai benih keakraban serta memberi peluang menilai siapa sahabat, dan siapa kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.Smile

Posted at 01:09 pm by Indra
Make a comment  

terima lah segalanya

Kita adalah ciptaan terindah Maha Pencipta...diberinya akal..fikiran yg sempurna..utk menilai ,membeza dan mewarnai tiap langkahan dlm kehidupan..
Namun mampukah bagi kita mencorakkan warna tersebut mengikut kehendak dan keinginan kita..
Maka pastinya antara ketentuan, kehendak dan keinginan ...akan terbentang suatu liku yg maha sulit dan sukar utk dimengertikan..

Posted at 05:34 am by Indra
Make a comment  

Wednesday, March 25, 2015
Bunga Zaman

Bunga yang dicabut dari akar pasti layu tidak akan mekar walau dibaja kembali... Carilah bunga yang masih kukuh di tanah bersama akar walau tidak dibaja namun masih mekar disirami sang hujan dan pancaran sang mentari

Posted at 03:58 pm by Indra
Make a comment  

Thursday, March 12, 2015
Islam Akhir Zaman

Zaman makin maju. handphone makin canggih namun manusia tetap macam kayu mati juga tak mahu ambil tahu .... setiap tahun kita dengar cerita berjuta manusia pergi mekah tapi tak ada berita pun apa yang manusia berjaya dapat sama juga macam bulan puasa tak ada pun apa2 yang tersiar dalam akbar atau tv mengenai pertemuan malam lailatul qadar. Apa sudah jadi dengan islam hari ini? adakah macam sampah yang hancur saja... sampai azan pun pakai kaset sahaja...... Islam itu memang mudah...tapi hari ini segalanya amat dimudah-mudahkan sehingga ruh Islam itu sendiri telah semakin menghilang. Cerita tentang Islam dan keindahan nasihat-nasihatnya sememangnya cukup tersebar luas dek kerna teknologi yang semakin hari semakin canggih. Namun semua itu hanya tinggal di dinding-dinding facebook, inbox whatsapp, wechat dan sebagainya dan tidak pernah tersimpan di hati-hati manusia.

Posted at 10:09 pm by Indra
Make a comment  

Monday, February 09, 2015
Kembara

Hidup ini adalah sebuah kembara yang panjang di sebuah bumi yang asing. Saat terlahir dari rahim bunda, bermulalah pengembaraan itu. Lahir tanpa dapat berbicara, lemah dari sebarang gerak sendiri dan minda kosong adalah satu hikmah yang indah. Lalu yang kosong itu terisikan dengan pengetahuan dan pengetahuan ini berbeda dari satu insan dengan insan lain. Buat hati yang berfikir, pasti tertanya tentang perbedaan ini. Mana yang paling diterima sebenarnya?

Agama tauhid pastinya bukanlah sekadar ciptaan dari sangkaan-sangkaan. Tapi ia benar-benar diwahyukan dari sumber alamiah yang kita kenali sebagai Tuhan Yang Maha Tinggi. Apakah agama tauhid itu berbeda sedangkan ia dari sumber sama? Bagi saya yang berbeda itu bukan agamanya, tetapi cara penafsiran tentang agama itu yang membuatkan kita saling berbeda pandang. Kitalah yang memberi makna di sebalik kata-kata wahyu yang turun sesuai dengan keadaan semasa kita. Tidakkah begitu?

Bukankah kita juga yang memberi makna pada warna-warna yang ada disekeliling kita padahal warna itu asalnya tidak melambangkan apa-apa pun. Bahkan menurut teori sains, warna itu sebenarnya tidak wujud pun. Ia cuma terhasilkan oleh biasan dan pantulan cahaya yang akhirnya menghasilkan spektrum tertentu dan menenggelamkan spektrum lainnya.

Itu soal warna. Gi mana soal agama kita tadi ya. Biasan dan pantulan mindakah yang menghasilkan spektrum diri kita yang tertentu dan menenggelamkan yang lainnya sehingga kita menjadi begini dan tidak begitu? Lalu berapa banyak sangkaan kita cipta dalam usaha memahami makna tauhid dan memasukki agama tauhid itu secara sepenuhnya? Emmm... mungkin kita bisa duduk diam dan merenung sejenak kan.... :)

Posted at 08:30 pm by Indra
Make a comment  

Saturday, January 24, 2015
wasiat 2

    Apabila kamu hendak menyampaikan kepadanya, hendaklah hal keadaan kamu SUCI BERSIH kemudian Tuhan sendiri mengikhlaskan kamu.
    Tidaklah engkau TERFIKIR DIMATA AKALMU bahawasanya HATI MU ITU HAK.
    Tidak batal bila kamu jadikan permainan dibatinmu sebagai pakaianmu
    Adalah ia terkandung didalam kesempurnaan dirimu tatkala engkau laku dengan lakunan KHIDIR, seperti yang telah engkau sambut kekuatan batinmu.
    Sesungguhnya IANYA ITU TAHU DIDALAM PENGETAHUAN KAMU.
    Cuba engkau fikirkan sedalam dalam betapa besarnya dan ketatnya pemberian syahadahku itu kepadamu.
    Sesungguhnya ini tidak pernah diwarisi oleh Nabi Nabi terdahulu dari kamu. Tetapi diakhir ini telah pun Aku turunkan Syahadah itu kepada mu untuk kamu memperolehinya.
TIDAK ADA SIAPA LAGI DIBAGI AKAN HAK INI HANYALAH BAGI MEREKA YANG AKU KAWAL SERTA MENYERAH BAGI DIRINYA DIDALAM DIRINYA KHUTUB itu pemilik bagi kebenaranku dialam ini bagi mereka akan terhasil baginya.
    Aku perkenankan setelah ujud Tauhid akan dirinya dan lahir Tasauf atau kesucian akan kalamnya akan ujudlah PERTALIAN ZAHIR DAN BATINNYA diketika itu.
    Maka bersama samalah demi menghulurkan sembah kepada yang hadir untuk disucikan didalam sembahyang didalam utusan Fuqran.
    Maka dengan ini hendaklah kamu SUCIKAN DULU SEKELILING KAMU SEBAGAIMANA YANG AKU SYAHADAHKAN.
    Juga akan rahmatnya dan juga bagi tujuan dalam adapmu didalam sopanmu bagi ikhlas dengan tujuanmu.
    Mudah mudahan tiap perbuatanmu itu agar tidak melewati batasnya.

Posted at 01:15 am by Indra
Make a comment  

Next Page